Rabu, 29 Julai 2009

PENANDA WACANA DALAM KARANGAN

Penanda wacana sangat penting dalam menentukan kualiti sesebuah karangan. Calon-calon PMR dan SPM digalakkan membuka blog berikut: http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/07/penanda-wacana-karangan.html

PERTANDINGAN MENGHASILKAN FAIL TEGAK

Para pelajar digalakkan menyertai pertandingan fail tegak peringkat sekolah. Syarat-syarat pertandingan:
1. Secara berkumpulan 3-5 orang
2. Minimum seratus helaian
3. Menggunakan akhbar berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris
4. Tajuk yang spesifik. Contoh: Teknologi Hijau: Kaedah Pertanian Fertigasi
5. Membuat senaraian nama akhbar, tarikh akhbar, hari,
muka surat dan tajuk artikal
6. Tarikh tutup: 5 Ogos 2009

Wajah-wajah ceria di SMK Pengkalan Aur


PENGENALAN

Sekolah ini mempunyai kemudahan Bilik Akses, Makmal Komputer, Makmal Bahasa, Pusat Sumber Induk dan Bilik Media. Pusat sumber induk sekolah ini berkeluasan 2 setengah bilik darjah. Bilik PSS ini dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu ruang bacaan terbuka, ruang akhbar dan majalah, bilik kerja, ruangan permainan dalaman, dan ruang bacaan kendiri. Beberapa sudut informasi turut disediakan, antaranya sudut kerjaya, sudut kokurikulum, sudut motivasi dan sudut pameran bertema.